Barang Bantuan China Dihantar ke Afghanistan Mulai Esok

2022-06-26 13:57:06  CRI
Share with:

Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kecemasan bernilai RMB50 juta (RM32.8 juta) kepada Afghanistan, sejurus selepas gempa bumi menggegarkan negara itu. 

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin memaklumkan, barang bantuan kumpulan pertama merangkumi khemah, selimut, katil lipat dan bekalan kemanusiaan lain akan dihantar ke Afghanistan esok.

Menurut beliau, China akan mengukuhkan penyelarasan dengan kerajaan sementara Afghanistan pada fasa seterusnya untuk memastikan bekalan berkenaan diedarkan kepada mangsa bencana secepat mungkin, bagi membantu mereka mengharungi detik sukar.

Dilaporkan, gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter yang berlaku di timur Afghanistan menyebabkan sekurang-kurangnya 1,500 maut dan lebih 2,000 lagi cedera. Angka kematian masih terus meningkat.

Gempa itu adalah yang terburuk pernah melanda Afghanistan sejak dua dekad lalu.