China Utus Takziah kepada Afghanistan Susuli Gempa Bumi

2022-06-26 14:39:43  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi mengutuskan ucapan takziah kepada kerajaan Afghanistan susulan gempa bumi kuat melanda negara itu pada 22 Jun, yang menyebabkan kematian dan kecederaan serius.

Dalam kawatnya kepada pemangku Menteri Luar Afghanistan, Mawlawi Amir Khan Muttaqi pada Jumaat, Wang melahirkan dukacita atas kehilangan nyawa dalam gempa bumi itu serta rasa simpati kepada keluarga mangsa.

Beliau yakin, rakyat Afghanistan pasti mampu mengatasi bencana alam selain memastikan aktiviti pengeluaran dan kehidupan normal disambung semula seawal mungkin. 

Tambah beliau, selaku jiran muhibah bagi Afghanistan, China bersedia dengan sedaya upaya menyalurkan bantuan kemanusiaan kecemasan mengikut keperluan negara berkenaan.