Pelayaran Hijau, Karbon Rendah dan Pintar

2022-06-27 13:50:39  CRI
Share with:

China akan mengadakan siri aktiviti yang bertemakan “meneraju trend baharu pelayaran hijau, karbon rendah dan pintar” pada Hari Pelayaran China Ke-18 yang jatuh pada 11 Julai depan, justeru selaras dengan tema Hari Maritim Sedunia 2022, iaitu “Teknologi Baharu Bantu Pelayaran Hijau”.

Dalam sidang media Jabatan Penerangan Dewan Negara pada Ahad, pegawai dari Jabatan Pengangkutan Air Kementerian Komunikasi, Yi Jiyong memaklumkan, ‘Minggu Pelayaran China’ yang bermula 10 Julai akan menyaksikan berlangsungnya aktiviti forum yang beraneka ragam, interaksi akademik berhubung pelayaran, pengenalan dan pendidikan pelayaran, serta satu ekspo teknologi pelayaran yang akan diadakan untuk kali pertamanya.