Jordan Tegaskan Sokongan terhadap Palestin

2022-06-27 13:49:21  CRI
Share with:

Raja Jordan, Abdullah II Bin Al-Hussein dihadapi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Ahad.

Baginda bertitah, Jordan mendukung rakyat Palestin. Satu-satunya pendekatan untuk mengakhiri konflik antara Palestin dengan Israel adalah “resolusi dua negara”, iaitu menubuhkan negara Palestin yang beribukota di Baitulmuqaddis dengan sempadan yang digaris pada 4 Jun 1967. Baginda juga menegaskan perlunya mengekalkan kedudukan sejarah dan keadaan sekarang Masjid Aksa dan Bukit Baitulmuqaddis.

Sementara itu, Mahmound Abbas menghargai sokongan Jordan dan mengucapkan terima kasih kepada Jordan atas usahanya memelihara Masjid Aksa dan tempat suci di sekitarnya.

Selain itu, mereka juga membincangkan perkembangan selanjutnya pembubaran parlimen Israel dan pengaruhnya terhadap serantau.