CCCC Hulur Bantuan Banjir kepada Kampung Benus
China Communications Construction (CCCC) Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menghulurkan bantuan banjir kepada penduduk Kampung Benus, di sini, pada Ahad.
Menteri Kedutaan Besar China ke Malaysia, Tang Rui dalam ucapannya ketika majlis penyerahan bantuan tersebut berkata bahawa persahabatan antara rakyat China-Malaysia telah kekal lama dari generasi ke generasi.
"Aktiviti penyerahan sumbangan hari ini sekali lagi menjadi satu bukti rakyat kedua-dua negara yang saling membantu.
"Dengan semangat 'bukit sama didaki, lurah sama dituruni', kerajaan dan rakyat China dan Malaysia pasti dapat mengatasi krisis seperti pandemik COVID-19 dan bencana banjir, serta bersama-sama mencipta masa depan yang lebih cerah," ujar beliau lagi.
Untuk rekod, kampung Benus kerap kali dilanda bencana banjir mutakhir ini.
Pada 18 Disember 2021, satu banjir besar telah berlaku menyaksikan 400 rumah terjejas dan mengakibatkan lebih 2,000 mangsa terpaksa dipindahkan ke tempat lebih selamat.
Tiga bulan kemudian, bencana banjir sekali lagi melanda kampung Benus, sekali gus memberi ancaman serius kepada nyawa dan harta benda penduduk tempatan.
Sehubungan itu, CCCC menyambut baik seruan Kedutaan China di Malaysia dengan menyumbangkan dua rakit penyelamat berenjin dan 100 jaket keselamatan untuk membantu kampung Benus menangani banjir dengan lebih baik.