Keahlian Negara-negara BRICS Boleh Diperluas - Pakar

2022-06-27 12:28:47  cri
Share with:

Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun berpendapat bahawa keahlian negara-negara BRICS boleh diperluaskan lagi.

Menurut beliau, negara seperti di Asia Tenggara dan negara sedang membangun lain mampu mengembangkan lagi bidang-bidang kerjasama termasuk dalam teknologi tinggi.

“Negara-negara di Asia Tenggara memang sekian lama mempunyai potensi dalam bidang elektronik.

“Jika potensi-potensi tersebut dapat dieratkan dengan teknologi-teknologi baharu dan canggih dari China, India serta negara-negara lain, ASEAN mampu menjadi markas (kepada teknologi tinggi),” ujar Dr. Oh.

Dalam pada itu, beliau turut berpandangan bahawa negara-negara BRICS dan ASEAN ketika ini boleh cuba mengeksperimen perdagangan bebas dalam pelbagai bidang seperti bekalan makanan serta rantaian bekalan elektronik.

“Malaysia, seperti negara-negara Asia Tenggara lain memang selalu mementingkan perdanganan bebas dan menggalakkan pelaburan.

“Jika ujian-ujian tersebut (eksperimen) berjaya, negara-negara seperti BRICS dan ASEAN boleh mengadakan perjanjian dagangan bebas yang dapat manfaatkan negara-negara sedang membangun supaya tidak (lagi) hadapi halangan-halangan untuk perdagangan dan pelaburan satu sama lain,” jelas Dr. Oh.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara menerusi program Agenda AWANI Asia, pada Sabtu.