Politikus AS Mahu Lawan BRI dengan PGII?
Tatkala menyampaikan ucapan dalam Sidang Kemuncak G7 di Jerman semalam, Presiden AS, Joe Biden mengemukakan inisiatif "Perkongsian untuk Infrastruktur dan Pelaburan Global" (PGII) untuk bersama-sama anggota G7 mengeluarkan modal sebanyak USD600 bilion (RM2.64 trilion) bagi pelaburan infrastruktur global menjelang tahun 2027. Antaranya AS bertanggungjawab menyelesaikan pembiayaan sebanyak USD200 bilion (RM 880 bilion).
Jika ditelusuri selanjutnya, PGII yang nampaknya gah tersebut boleh didapati sebenarnya bermotifkan politik yang jahat umpama udang di balik batu.
Di mata dunia, apa yang disebut PGII justeru langkah blok Barat yang bertujuan menentang Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran China.
Terdahulu, Sidang Kemuncak G7 pernah mengeluarkan apa yang disebut ‘perkongsian membina semula dunia baik’ (B3W) pada tahun yang lalu, dan merancang akan memperuntukkan sebanyak USD40 trilion lebih (RM176 trilion) untuk pembinaan infrastruktur di negara-negara membangun. Akan tetapi, yang menjadi sindiran itu adalah jumlah modal yang selesai dilaburkan hanya mencatat USD6 juta (RM26.4 juta) setakat ini.
Sehubungan itu, baik B3W mahupun PGII, hanyalah gimik politik sesetengah politikus AS untuk menjejaskan pelaksanaan BRI.
Dari mana datangnya modal PGII? Menurut AS, pihaknya akan mengumpulkan wang sebanyak USD200 bilion (RM880 bilion) melalui sumbangan, tabung persekutuan dan pelaburan swasta dalam jangka masa lima tahun akan datang, manakala modal yang lain pula mungkin berasal dari bank penerokaan dan institusi kewangan pembangunan. Namun jika menurut pandangan AFP, modal tersebut tidak terjamin sebab kebanyakannya bergantung pada pelabur individu. Oleh itu, PGII berkemungkinan besar satu lagi gimik "mengaut keuntungan tanpa kos" yang dilakukan AS.
Sebenarnya, AS harus menyedari bahawa BRI yang mendapat sambutan baik dari lebih 100 buah negara, tidak terlepas kesudian China berkongsi peluang pembangunan dan sama menang dengan seluruh dunia, pencapaian syarikat-syarikat China yang bertahun-tahun dalam bidang teknologi, dan sumbangan besar China dalam pelaksanaan sejumlah projek mega.
Manfaat yang sebenar dapat dikecapi rakyat di negara terlibat dalam BRI dalam tempoh 9 tahun lalu sejak kelahirannya. Menurut Bank Dunia (WB), jika semua projek infrastruktur lalu lintas di bawah kerangka BRI selesai dilaksanakan, dijangka sebanyak USD1.6 trilion (RM7 trilion) pendapatan diperoleh setiap tahun yang menduduki 1.3% KDNK global pada tahun 2030, dengan 90% keuntungan tersebut akan dinikmati negara kerjasama khususnya negara berpendapatan sederhana dan rendah. Selain itu, 7.6 juta populasi dijangka akan keluar dari kemiskinan tegar, manakala 32 juta orang pula keluar dari kemiskinan sederhana dari 2015 hingga 2030.
Memandangkan negara-negara membangun masih menghadapi kekurangan modal yang banyak dalam bidang infrastruktur, ia memang bagus jika politikus AS benar-benar ingin menghulurkan bantuan modal. Tetapi jika rancangan tersebut hanya satu gimik politk saja, nasibnya ditakdir akan menjadi sia-sia.