China Sudi Bekalkan Bantuan Lagi kepada Afghanistan

2022-06-28 13:41:57  CRI
Share with:

China akan menghulur lebih banyak bantuan yang diperlukan Afghanistan dan mempercayai negara terbabit akan secepat mungkin mengatasi bencana dan membangun semula kampung halaman.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika menelefon Wakil Menteri Luar Kerajaan Sementara Afghanistan, Amir Khan Muttaqi pada Isnin.

Wang berkata, China sentiasa menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah Afghanistan, menghormati pilihan yang dibuat rakyatnya serta agama dan adat resam di negara itu, tidak pernah mencampuri hal ehwal dalamannya, mengaut laba atau mengejar apa yang disebut pangkalan kuasa di Afghanistan. Pada saat menjelang Mesyuarat ke-2 Mekanisme Perhubungan Bantuan Kemanusiaan dan Pembangunan Semula Ekonomi China-Afghanistan, kedua-dua negara diharap memperhebat kerjasama substantif dalam bidang hidup rakyat, ekonomi dan perdagangan, pertanian, perlombongan, kesalinghubungan, pembangunan keupayaan, melaksanakan kata sepakat mesyuarat bilateral dan hasilan yang tercapai dalam mesyuarat multilateral seperti Inisiatif Tunxi. Afghanistan dipercayai akan membanteras sebarang kumpulan pengganas termasuk Gerakan Islam Turkestan Timur (ETIM) dan mempertingkat perlindungan terhadap warganegara dan agensi China di negaranya.

Muttaqi mengucapkan terima kasih atas bantuan China. Beliau berkata, pihaknya memahami keprihatinan China dalam bidang keselamatan, dan bersedia membasmi keganasan bersama dengan China. Afghanistan menanti-nantikan lebih banyak kerjasama dengan China dalam kerangka Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), dan mengalu-alukan peranan positif China dalam usaha pembangunan semula Afghanistan secara damai.