Peluang Pekerjaan untuk 30 Juta Orang yang Baru Keluar Kemiskinan

2022-06-28 15:45:28  CRI
Share with:

Dalam sedekad lalu, pembekalan bijirin dan hasilan pertanian utama di China amat stabil. Demikian dinyatakan Naib Menteri Pertanian dan Desa China, Deng Xiaogang dalam sidang media petang semalam.

Beliau memaklumkan bahawa kapasiti pengeluaran bijrin China meningkat dengan stabil, dan pengeluaran tahunan merekod lebih 650 bilion kilomgram untuk tujuh tahun berturut-turut, khususnya pada tahun 2021 yang mencatat 682.85 bilion kilogram, iaitu satu rekod baharu. Sementara itu, pemilikan bijirin per kapita mencapai 483 kilogram, lebih tinggi daripada paras keselamatan bijirin yang diiktiraf antarabangsa iaitu 400 kilogram. Selain itu, kepelbagai hasilan pertanian semakin meningkat beserta kualitinya pun makin baik, dan rakyat jelata berpeluang menikmati lebih banyak produk mesra alam.

Dalam sidang media itu, Naib Ketua Pengarah Biro Kebangkitan Desa Negara, Hong Tianyun menyatakan pihaknya akan terus mengambil langkah bantuan demi memperkukuh pencapaian dalam usaha membasmi kemiskinan. Antaranya termasuk berusaha menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 30 juta orang yang baru membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan, dan meningkatkan peratusan bantuan dana kerajaan pusat untuk pengendalian industri dalam usaha menggalakkan kebangkitan desa pada paras 55% ke atas.