Masyarakat Antarabangsa Diseru Elakkan Situasi Palestin-Israel “Terbabas dari Landasan”

2022-06-28 13:44:19  CRI
Share with:

Masyarakat antarabangsa diseru bertindak segera untuk mengelakkan situasi Palestin-Israel berkembang menjadi “tidak terkawal hingga terbabas dari landasan”, kata Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun pada Isnin.

Dalam mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai isu Palestin dan Asia Barat, Zhang Jun berkata, China menyatakan rasa bimbang dan gusar terhadap situasi semakin kritikal di kawasan Palestin yang tertakluk.

“China menggesa Israel berhenti mengambil sikap yang meremehkan resolusi No. 2334 PBB, dan menghentikan semua tindakan pembinaan pusat penempatan Yahudi yang boleh menjadikan ‘penyelesaian dua negara’ semakin terhakis.

“China mengecam operasi ketenteraan pasukan keselamatan Israel dan tindakan kekerasan penghuni Israel yang terus mengakibatkan kecederaan dan kematian orang Palestin dalam bilangan besar termasuk kanak-kanak.

“Di samping menggesa Israel memulakan siasatan terhadap kes pembunuhan wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh, mengumumkan keputusan dengan secepat mungkin dan memastikan mereka yang disabit salah akan diheret ke meja pengadilan,” kata Zhang.

Zhang Jun berkata, China menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya negara yang berpengaruh penting terhadap pihak-pihak terbabit, memberi sumbangan sebenar kepada kemajuan proses damai Asia Barat, mendorong pelaksanaan ”penyelesaian dua negara”, mengendahkan keprihatinan keselamatan Palestin dan Israel berdasarkan kesamarataan, mengambil sikap yang bertanggungjawab, dan menegakkan prinsip objektif dan adil. 

“China konsisten dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk memulihkan hak-hak negaranya yang sah dan bersedia menyumbang kepada pewujudan keamanan sacara menyeluruh, adil dan berkekalan di Asia Barat,” katanya.