Lonjakan Baharu dalam Kerjasama Ekonomi Digital BRICS

2022-06-28 13:43:15  CRI
Share with:

Kerangka Perkongsian Ekonomi Digital Negara BRICS yang tercapai dalam Mesyuarat ke-14 Pemimpin BRICS melibatkan persepakatan penting bagi memperdalam kerjasama ekonomi digital, yang dilihat satu lonjakan baharu dalam bidang terbabit.

Demikian dinyatakan Naib Pengarah Jabatan Antarabangsa Kementerian Perdagangan China, Chen Chao pada Isnin.

Beliau menambah, sebagai dokumen pertama kerjasama ekonomi digital dalam perdagangan BRICS, Kerangka itu merangkumi pengesahan digital, pembayaran elektronik, bil transaksi elektronik, keselamatan data, dan penyelesaian perselisihan dalam talian, serta menunjukkan kecenderungan kerjasama dalam kecerdasan buatan (AI). Selain menumpu kepada usaha mengurangkan jurang perbezaan dalam bidang perkembangan digital, Kerangka itu juga menunjukkan arah dan keutamaan kerjasama. Hasil membuat pengemaskinian sistematik bagi mendorong pelaksanaan kerjasama ekonomi digital, kelima-lima negara anggota BRICS bersetuju menaiktaraf kumpulan kerja e-dagang kendaliannya sebagai kumpulan kerja ekonomi digital.