Strategi Indo-Pasifik AS Ditolak Nepal

2022-06-29 16:12:27  CRI
Share with:

Sidang Kabinet Nepal membuat satu keputusan baru-baru ini untuk menghentikan pendorongan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam pelaksanaan Program Perkongsian Negeri (State Partnership Program). Yang menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa itu adalah pendirian yang sama yang dipilih pelbagai parti politik dan pihak tentera Nepal ketika membuat keputusan tersebut, iaitu menganggap keterlibatan Nepal dalam SPP tidak selaras dengan kepentingan negaranya, dan perbincangan mengenainya perlu 'diakhiri secara muktamad'. Ada penganalisis berpendapat bahawa ini bermakna apa yang disebut “strategi Indo-Pasifik” AS sudah mengalami kegagalan.

Rancangan SPP merujuk kepada rancangan pertukaran lawatan antara Pengawal Kebangsaan AS dengan negara rakan kerjasama yang mula dilaksanakan seawal tahun 1990an dengan tujuan membantu negara berkenaan “membaharui” tenaga pertahanan negara selepas Soviet Union terpecah. Sebenarnya ia adalah satu tudung bagi sektor ketenteraan AS untuk menyerap ke dalam negara lain.

Menurut draf kerjasama SPP Nepal-AS yang didedahkan baru-baru ini, kandungan utamanya termasuk kedua-dua pihak menjalankan latihan ketenteraan bersama di kawsan dataran tinggi Nepal, Pengawal Kebangsaan AS selaku pertubuhan ketenteraan AS boleh memasuki wilayah Nepal dan membina kemudahan tanpa sekatan, dan AS memberikan maklumat perisikan anti keganasan dan kelengkapan ketenteraan kepada Nepal. Fasal-fasal tersebut yang berbau campur tangan terhadap urusan dalaman Nepal, sewajarnya mencetuskan perdebatan besar dalam negerinya.

Nepal yang berjiran dengan China dan India mempunyai kedudukan geopolitik yang amat strategik. Langkah yang diambil AS terhadap Nepal adalah selaras dengan strateginya yang menyasarkan China.

Muslihat AS yang mencari-cari akal mencipta masalah di sekitar China terdedah melalui permainan gimiknya seperti memberikan tekanan kepada Nepal, mencanangkan isu Laut China Selatan, dan menjaja apa yang disebut “rangka ekonomi Indo-Pasifik” yang dikeluarkan baru-baru ini.

Keputusan Nepal untuk menghentikan SPP disifatkan sebagai air sejuk dituangkan kepada strategi Indo-Pasifik AS. Dan dijangka seiring dengan negara lain membuat pilihan yang rasional berdasarkan kepentingan sendiri, AS yang giat menjaja strategi Indo-Pasifiknya terpaksa menerima nasibnya menggulung tikar.