Wang Yi Ditemui Nicolas Chapuis

2022-06-29 13:34:45  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi telah ditemui Nicolas Chapuis, Ketua Delegasi Kesatuan Eropah (EU) di China yang bakal menamatkan tempoh perkhidmatannya semalam.

 

Wang berkata, China dan Eropah telah mencapai hasil kerjasama yang penting seperti mencapai perjanjian tanda geografi, membentuk mekanisme dialog peringkat tinggi digital dan hijau serta menyelesaikan rundingan perjanjian pelaburan China-Eropah pada tahun-tahun kebelakangan ini. Bagaimanapun, perselisihan yang wujud antara China dengan Eropah pula telah membawa pengaruh sedikit sebanyak terhadap hubungan kedua-dua pihak. Maka, pihak Eropah dikehendaki memupuk penginsafan yang lebih objektif dan tepat terhadap hala tuju pembangunan China.

 

Wang menekankan bahawa China akan mengekalkan pembangunan damai sementara membina sistem baharu ekonomi yang lebih terbuka. China dan Eropah bukan pelawan, melainkan rakan.

 

Wang berkata, China dan Eropah perlu meningkatkan interaksi dialog, melindungi hubungan rakan, bersikap hemah meraikan perbezaan, mengekalkan cara kerjasama yang saling menguntungkan, mempertahankan aliran zaman multilateralisme supaya memberikan lebih banyak sumbangan dan tenaga positif kepada kestabilan dunia.

 

Nicolas Chapuis pula berkata, Eropah bersedia bersama-sama dengan China untuk menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim, pandemik yang paling leluasa dalam seabad lalu dan peralihan digital. Selain itu, beliau menegaskan pendirian EU yang tidak akan membelakangi komitmen mengamalkan dasar Satu China.