Xi Galak Petani Sumbang kepada Keselamatan Makanan

2022-06-29 13:30:18  CRI
Share with:

 Presiden China, Xi Jinping menegaskan peranan penting petani yang menanam bijirin dalam skala besar untuk menggalakkan lebih banyak petani menyumbang kepada keselamatan makanan di negara ini.


Xi berkata demikian dalam surat balasnya kepada Xu Congxiang, seorang petani dari kaunti Taihe, provinsi Anhui pada Isnin.


Xi menyatakan beliau amat gembila mengetahui bahawa Xu memperoleh tuaian gandum yang lumayan pada musim panas ini dan keturunan beliau turut terlibat dalam pengeluaran pertanian.


Dalam surat itu, Xi menyatakan bahawa petani yang mengusahakan penanaman bersekala besar diharap agar memanfaatkan kelebihan pengurusan operasi pengeluaran bijiran berskala besar, secara aktif mengaplikasikan teknologi pertanian moden, dan mendorong lebih banyak petani yang mengusahakan penanaman berskala kecil untuk menyumbang kepada keselamatan makanan melalui peningkatan kuantiti dan kualiti hasil pertanian.


Menurut beliau, pada tahun mutakhir ini, kerajaan pusat mengeluarkan beberapa dasar untuk menyokong pengeluaran bahan makanan, di samping membolehkan petani memperoleh faedah dan meningkatkan kesejahteraan kehidupan masing-masing.


Dalam surat tersebut, Xi sekali lagi menegaskan tentang kepentingan keselamatan bahan makanan sebagai ‘keutamaan negara’ dan mengulangi potensi petani untuk menjana pendapatan melalui penanaman bahan makanan.


Untuk rekod, penuaian bahan makanan musim panas kini memasuki fasa akhir.


Mengikut laporan, jumlah hasil gandum yang lumayan memberikan asas kukuh kepada tuaian bahan makanan di China untuk sepanjang tahun.


Setakat ini, jumlah pengeluaran bahan makanan direkodkan kekal melebihi 650 bilion kilogram selama tujuh tahun berturut-turut.