Perjalanan Pertama Ekspres Khas 'Cepat Lepas' China-Laos
Perjalanan pertama ekspres khas 'cepat lepas' China-Laos muatan70 buah kontena TEU dimulakan dari Jinhua Selatan, provinsi Zhejiang pada Rabu, dan beroperasi menuju ke Vientiane, Laos dengan melalui pintu sempadan Mohan, provinsi Yunnan.
Ekspres muatan alat elektrik, mesin pertanian dan kelengkapan perkebunan itu dijangka tiba di Laos empat hari kemudian, setelah menyelesaikan perjalanan sepanjang 3,327 kilometer.
Dimaklumkan, perkhidmatan pelepasan kastam tanpa operasi kakitangan akan terlaksana untuk ekspres tersebut di pintu sempadan, kerana prosedur berkenaan telah diselesaikan terlebih dahulu di Jinhua. Dengan itu, masa satu hingga dua hari boleh dijimatkan sepanjang proses pelepasan kastam dibanding dengan prosedur yang umum.