NATO Digesa Hentikan Cubaan Cetuskan Konkrontasi Politik

2022-06-30 15:42:06  CRI
Share with:

NATO sepatutnya menghentikan cubaan untuk mencetuskan konfrontasi politik dan perang dingin pusingan baharu, dan jangan mencetuskan lagi rusuhan di  Asia bahkan dunia sebagaimana yang dicetuskannya di Eropah. Jurucakap Kementerian Luar China, Zhgao Lijian berkata demikian dalam sidang media semalam.

Menurut maklumat berkenaan, Penasihat Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan menyatakan bahawa pelbagai cabaran daripada China akan tersenarai secara hitam putih dalam dokumen NATO yang berkonsepkan strategi. Hal yang diutamakan AS dalam konflik Ruisa-Ukraine adalah untuk memastikan China tidak akan menghulurkan bantuan ketenteraan kepada Rusia melalui pembekalan kelengkapan, dan satu lagi adalah mencegah China membantu Rusia mengelakkan  diri daripada sekatan AS atau mengurangkan impak terhadapnya.

Sehubungan itu, Zhao menyatakan bahawa kehadiran beberapa negara NATO di rantau Asia-Pasifik tidak pernah dihentikan pada beberapa tahun kebelakangan ini, dan mereka menghantar jet dan kapal tentera ke kawasan perairan di sekitar China menjalankan latihan ketenteraan untuk mencipta situasi yang tegang dan mencetuskan konflik. Masyarakat antarabangsa perlu berwaspada dan menentang lakuan NATO seumpama itu.

Zhao menegaskan bahawa China sentiasa menentang langkah seketan sepihak yang kekurangan rujukan undang-undang antarabangsa dan tanpa mandat Majlis Keselamatan PBB.

Tambah Zhao, sejak konflik Rusia-Ukraine tercetus, Eropah terus menderita bayaran yang tinggi dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun baik peniaga senjata AS mahu pun pengusaha industri bijirin dan sumber tenaga dalam negerinya boleh kelihatan sibuk dan asyik mengaut keuntungan. AS sepatutnya mengkaji lakonan diri dalam krisis Ukraine dan digesa menghentikan lakuan memfitnah China.