Kebenaran Terdedah di Belakang Tragedi "Lori PATI" Texas

2022-06-30 16:15:13  CRI
Share with:


Sekurang-kurangnya 51 jenazah ditemui dalam sebuah lori yang tertinggal di bandar San Antonio, negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. Kesemua mangsa tersebut dipercayai adalah pendatang asing tanpa izin (PATI).


 

Masyarakat antarabangsa tergegar atas tragedi tersebut. Pejabat Setiausaha Agung PBB pula mengeluarkan satu kenyataan untuk menyampaikan rasa dukacita. Namun ini bukan tragedi seumpama itu yang pertama yang pernah berlaku di negara itu. Misalnya di San Antonio, terdapat 10 orang PATI pernah dilaporkan meninggal akibat terperangkap dalam sebuah lori pada 2017, dan sebelum itu terdapat seramai 19 lagi jenazah PATI pernah ditemui dalam sebuah lori tertutup di tenggara bandar tersebut pada 2003.

 

Kenapa masalah PATI gagal diatasi di AS? Salah satu punca utama adalah pergelutan antara parti politik.



 

Masalah imigrasi sekali lagi dijadikan taruhan oleh dua parti utama di AS menjelang pengundian pertengahan tahun ini. Joe Biden pernah memberi komitmen akan membaharui rang undang-undang imigrasi secara komprehensif sebaik saja beliau baru menyandang jawatan Presiden AS. Namun belum kelihatan apa-apa pun pencapaian setakat ini ekoran pertikaian antara kedua-dua parti utama.

 

Siasatan terhadap tragedi tersebut sedang dijalankan. Menurut laporan pihak Mexico, antara mangsa tersebut termasuk orang Mexico, Guatemala dan Honduras. Sebenarnya masalah PATI berpunca dari amalan hegmoni ala AS yang berdasarkan latar belakang negaranya bertahun-tahun mencampur tangan urusan dalaman negara Amerika Latin.

 

Sejak "Monroeism" dikemukakan AS pada 1823, terus bermula episod negara Amerika Latin yang tersengsara dalam tindakan ketenteraan, permainan politik, sekatan sewenang-wenangnya dan inflasi yang dieksport AS. Menurut ahli penganalisis, kemiskinan dan jenayah kekerasan antara faktor utama yang menyebabkan penduduk rantau Amerika Latin memilih menjadi PATI.

 

Presiden Mexico, Andrés Manuel López Obrador pernah menyatakan AS sepatutnya membantu negara benua Amerika untuk membangunkan ekonomi, jika tidak mahu dibanjiri lagi PATI di negaranya.

 

 Terdahulu, Joe Biden komited dalam sidang kemuncak Amerika akan membantu negara rantau itu menyelesaikan masalah PATI dan pembangunan ekonomi. Cuma masih belum kelihatan apa-apa pun tindakan yang benar-benar.

 

Tragedi tersebut dianggap sebagai satu amaran. Politikus AS perlu membuang amalan Monroeism dan perbuatan hegmoni, dan mengambil langkah hakiki untuk menjamin hak asasi manusia pelarian dan PATI supaya mengelakkan tragedi seumpama itu daripada berulang lagi.