John Lee Ka Chiu Angkat Sumpah Jawatan

2022-07-01 14:13:32  CRI
Share with:

 

Perhimpunan Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Kepulangan Hong Kong ke Tanah Air sempena Upacara Angkat Sumpah Jawatan Kerajaan Penggal ke-6 Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), telah diadakan di Pusat Konvension dan Pameran Hong Kong (HKCEC) pagi tadi.


Dengan disaksikan Presiden China, Xi Jinping, pegawai utama kerajaan Hong Kong penggal ini yang diketuai Ketua Eksekutif baharu, John Lee Ka-chiu mengangkat sumpah jawatan.

 

John Lee berkata, "hari ini, saya bersikap rendah hati menyandang jawatan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dengan disaksikan Bapak Presiden. Saya akan mengetuai barisan ini berusaha sedaya upaya untuk membangunkan Hong Kong ke arah yang mesra rakyat, makmur bersama, dan penuh dengan peluang pembangunan, harapan dan kedinamikan".