Peng Liyuan Kenali Kebudayaan Setempat Hong Kong

2022-07-01 18:21:27  CRI
Share with:

Isteri Presiden China, Peng Liyuan telah mengunjungi Pusat Drama di Daerah Kebudayaan Kowloon Barat, Hong Kong untuk mengenali keadaan dan perkembangan kebudayaan setempat pada Khamis. Beliau memuji persembahan berkenaan dan menyifatkannya mencerminkan pesona kebudayaan China. Selain itu, Peng juga meninjau dan melibatkan diri dalam penghasilan karya seni kertas tradisional dengan sukarelawan belia tempatan, dan menggalakkan golongan belia Hong Kong tambah semangat dan meningkatkan penginsafan dalam mewarisi kebudayaan tradisional China.