Satu Lagi Bukti NATO Amuk
Sidang Kemuncak NATO di Madrid pada 29 Jun melalui sebuah dokumen strategi baharu buat pertama kalinya menyebut China dan memfitnah China telah menjadi “cabaran sistematik bagi Eropah-Atlantik”. Ini membuktikan lagi NATO pengamuk yang memutarbelitkan realiti untuk mencipta musuh khayalan dan mencetuskan konfrontasi antara kem, dan ia barulah cabaran sistematik bagi kedamaian dan kestabilan dunia.
NATO hanya satu alat untuk kegunaan Amerika Syarikat (AS) dalam mengamalkan hegemoninya, demikian dinyatakan akhbar Belgium, Le Soir. Mengimbas kembali dari saat penubuhan NATO hingga saat sekarang yang sayapnya kian berkembang, boleh jelas kelihatan ia justeru satu alat untuk kegunaan AS melobi membentuk sekutu blok dan menghasut perpecahan dan konfrontasi di persada dunia. Sekarang ini, AS tergesa-gesa mendorong pertambahan keanggotaan NATO malah mahu memasuki rantau Asia-Pasifik untuk mengada-adakan masalah.
Di sebalik pelaksanaan strategi AS yang melihat China sebagai “pesaing yang paling besar”, NATO sekali lagi memainkan peranan politiknya sebagai tukang pukul. Sidang kemuncak NATO tahun ini buat pertama kalinya mengeluarkan undangan kepada pemimpin Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand, mencerminkan cubaan AS untuk mengembangkan sayap NATO ke rantau Asia-Pasifik dan memupuk suasana strategik yang melibatkan China. Negara di rantau ini sewajarnya berwaspada tentang muslihat yang bahaya itu.
China tidak mencampuri urusan dalaman negara lain, tidak mengeksport ideologi negara sendiri, dan juga tidak menjalankan kawalan dengan jangkauan panjang, ancaman ekonomi dan sekatan sepihak. Bagaimanakah China menjadi “cabaran sistematik” bagi NATO?
Adakah NATO yang sudah menghuru-harakan Eropah, masih mahu mengacaukan Asia-Pasifik bahkan dunia?