Presiden Xi Temui John Lee Ka-chiu

2022-07-01 15:55:21  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping telah menemui John Lee Ka-chiu yang baru menyandang jawatan sebagai Ketua Eksekutif baharu Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) pagi tadi.

 

Presiden Xi mengucap tahniah kepada John Lee atas penyandangan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Penggal ke-6 HKSAR. Menurut beliau, sekarang ini merupakan titik permulaan baharu bagi baik praktik "Satu Negara Dua Sistem" dalam tempoh 25 tahun lalu mahupun pembangunan Hong Kong. Oleh itu, penduduk Hong Kong menaruh harapan besar terhadap kerajaan penggal baharu ini. Xi berharap agar John Lee menaati Perlembagaan dan memartabatkan undang-undang dalam pelaksanaan tanggungjawab sebagai Ketua Eksekutif, memimpin kerajaan wilayah terus mengamalkan "Satu Negara Dua Sistem" dan Undang-undang Asas secara komprehensif dan tepat, menyatupadukan tokoh pelbagai kalangan Hong Kong, mendorong kebangkitan semula Hong Kong sehingga melakar episod baharu dalam praktik "Satu Negara Dua Sistem".

Tambah Xi, beliau penuh keyakinan terhadap pentadbiran baharu dan masa depan wilayah Hong Kong.

 

John Lee pula berterima kasih atas kepercayaan Presiden Xi dan kerajaan pusat. Beliau berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk mencipta kecemerlangan dalam pelaksanaan pentadbiran di wilayah ini.

 

Dalam sesi temu ramah yang diadakan selepas itu, Presiden Xi dengan ditemani John Lee, telah menemui pegawai baharu yang menyandang jawatan dalam sektor pentadbiran, perundangan dan kehakiman HKSAR.