Pemasangan Rel HSR Jakarta-Bandung Bermula

2022-07-02 14:38:15  CRI
Share with:

Pembinaan landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Jakarta-Bandung memasuki fasa pemasangan rel secara rasmi pada Jumaat yang menandakan selesainya pembinaan bagi lapisan bawah jalan dan permulaan pembinaan bagi lapisan atas jalan.

Laluan HSR Jakarta-Bandung menghubungkan Jakarta, ibu negara Indonesia, dan Bandung, bandar keempat terbesar di negara itu, dengan panjang keseluruhan 142 kilometer.

Projek pemasangan rel yang diusahakan Stecol Corp (PowerChina) di bawah kendalian China Railway International Group itu melibatkan pembinaan landasan sepanjang 279.4 km dengan menggunakan rel keluli buatan China yang setiap unitnya sepanjang 50 meter.

Difahamkan, masa perjalanan antara Jakarta dan Bandung akan dipendekkan daripada lebih tiga jam kepada 40 minit sahaja melalui operasi HSR tersebut pada masa kelak.