Kenapa "Satu Negara, Dua Sistem" Boleh Berjaya di HK?

2022-07-02 15:56:09  CRI
Share with:

"Pada tempoh 25 tahun yang lalu, dengan adanya sokongan penuh tanah air dan usaha bersama kerajaan dan masyarakat Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), dasar 'Satu Negara, Dua Sistem' dilaksanakan dengan berjaya dan pencapaiannya diiktiraf umum", kata Presiden China, Xi Jinping pada Majlis Perayaan Ulang Tahun Ke-25 Pengembalian Hong Kong ke Pangkuan Tanah Air dan Upacara Angkat Sumpah Jawatan Kerajaan Penggal Ke-6 yang diadakan 1 Julai.

Yang memikat hati masyarakat antarabangsa itu adalah apa kehebatannya "Satu Negara, Dua Sistem"?

Kehebatan pertama berpunca dari senario tadbir urus kebangsaan yang melibatkan Hong Kong, dan keputusan kerajaan pusat untuk memartabatkan Perlembagaan dan menyempurnakan mekanisme penguatkuasaan Undang-undang Asas di Hong Kong.

"Menjaga kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan adalah prinsip tertinggi yang terkandung dalam 'Satu Negara, Dua Sistem'. Kerajaan pusat mempunyai kuasa pentadbiran menyeluruh terhadap HKSAR yang dianggap sebagai telapak bagi autonominya, sedangkan kerajaan pusat menghormati, memelihara dan memastikan kuasa pemerintahan dipegang di tangan golongan patriot. Melindungi kuasa pentadbiran sama dengan memastikan kemakmuran dan kestabilan Hong Kong serta kepentingan penduduk setempat."

"Darah kerajaan pusat darah saudara-saudari di Hong Kong." Ucapan tulus ikhlas ini mendedahkan kejayaan 'Satu Negara, Dua Sistem' bergantung pada sokongan penuh kerajaan pusat. Bersandarkan tanah air dan berorientasikan dunia adalah kelebihan istimewa milik wilayah terbabit.

"Saya berkeyakinan penuh dengan HKSAR yang pasti mampu menangani pelbagai risiko dengan sokongan negara," kata Ketua Eksekutif Ke-6 HKSAR, John Lee Ka Chiu.

Kerajaan pusat bersungguh-sungguh melaksanakan "Satu Negara, Dua Sistem" dan bersikap ikhlas menanti-nantikan kemakmuran Hong Kong. Inilah keinsafan umum yang terwujud dalam masyarakat setempat. HKSAR dijangka bukan sahaja dapat mengekalkan kemakmuran dan kestabilan, tetapi juga menyumbang lebih besar dalam pembangunan kebangsaan ke arah modenisasi menyeluruh, di samping memainkan peranan sebagai 'modulator hebat' sepanjang proses menyediakan peluang China kepada masyarakat antarabangsa.