Jilid Keempat Buku "Xi Jinping: Pentadbiran China" Edisi Inggeris Diterbitkan

2022-07-02 16:04:51  CRI
Share with:

Jilid keempat Buku "Xi Jinping: Pentadbiran China" edisi bahasa Inggeris telah diterbitkan dan dilancarkan di dalam dan luar China.


Jilid keempat buku ini merangkumi koleksi 109 artikel dari 21 kategori yang berbentuk laporan, ucapan, rundingan, syarahan, soal jawab, arahan tertulis, dan surat tahniah yang disampaikan Xi dari 3 Februari tahun 2020 hingga 10 Mei tahun 2022, beserta 45 keping foto sejak Januari 2020.


Sumbangan tampuk kepimpinan Parti Komunis China (PKC) yang diketuai Xi Jinping dalam memperjuangkan komuniti berkongsi nasib sesama insan dan dunia yang lebih baik di sebalik penularan wabak COVID-19 dan perubahan situasi dunia yang tiada tandingnya dalam seabad lalu,  merupakan isi kandung utama jilid keempat buku tersebut.