Landasan Kereta Api China, Laos dan Thailand Saling Hubung
Arena Transit Kereta Api Stesen Selatan Vientiane untuk kegunaan laluan China-Laos mula beroperasi secara rasmi semalam. Kargo kontena kumpulan pertama telah dihantar ke Thailand selepas dipindahkan dari kereta api yang menggunakan landasan standard-gage ke kereta api yang menggunakan landasan meter-gage. Ini menandakan bermulanya kesalinghubungan antara landasan kereta api China, Laos dan Thailand. Logistik antarabangsa darat dan maritim dijangkan akan menjadi lebih mudah dan cepat di rantau terbabit.
Sebagai rekod, kereta api China dan Laos beroperasi di landasan standard-gage yang selebar 1,435 milimeter, manakala kereta api Thailand beroperasi di landasan meter-gage yang selebar 1,000 milimeter. Maka, kargo berkenaan perlu dipindahkan dari kereta api yang beroperasi di dua landasan yang berbeza itu.
Dengan adanya Stesen Selatan Vientiane diLaos, China dan negara ASEAN dijangka dapat meningkatkan kecekapan pengangkutan antarabangsa di samping mengurangkan kos logistik rentas sempadan.