Masyarakat Antarabangsa Diseru Iktiraf Pentadbiran Taliban

2022-07-03 15:08:56  CRI
Share with:

Loya Jirga atau Perhimpunan Besar Afghanistan menyeru masyarakat antarabangsa mengiktiraf kerajaan sementara Taliban.

Menurut kenyataan yang diluluskan sebelum Loya Jirga menutup tirai di Kabul pada Sabtu, Afghanistan berharap semua negara termasuk negara jirannya saling menghormati, selain komited tanah Afghanistan tidak akan digunakan untuk melawan negara lain dan negaranya juga tidak mengizinkan urusan dalaman negara sendiri dicampuri kuasa asing.

Sementara itu, kenyataan tersebut menyifatkan anggota kumpulan ekstremis Daesh (IS) sebagai anasir pengganas, di samping memberi sokongan terhadap tindakan kerajaan sementara Afghansitan yang mengharamkan penanaman popi dan penyeludupan dadah.

Untuk rekod, kerajaan sementara Afghanistan pada Khamis lalu buat kali pertama mengadakan Loya Jirga sejak pembentukan kerajaannya dan menjemput kira-kira 3,500 ulama dan penghulu puak dari seluruh negara untuk menghadiri perhimpunan tersebut.