Lompatan Baharu Dijangkakan di Hong Kong Lima Tahun Akan Datang
"Kini, Hong Kong yang sudah mengakhiri fasa pergolakan sedang melangkah ke arah pembangkitan berdasarkan ketenteraman yang tercapai. Lima tahun akan datang adalah masa kunci bagi wilayah pentadbiran khas itu untuk mencipta episod baharu dan merealisasikan lompatan baharu, memandangkan terwujudnya peluang yang lebih banyak daripada cabaran," kata Presiden China, Xi Jinping pada Majlis Perayaan Ulang Tahun Ke-25 Pengembalian Hong Kong ke Pangkuan Tanah Air dan Upacara Angkat Sumpah Jawatan Kerajaan Penggal Ke-6 yang diadakan pada 1 Julai.
Beliau turut mengemukakan empat saranan, iaitu memperhebat kemampuan tadbir urus, menjana pembangunan, memperincikan urusan yang berkaitan hidup rakyat, dan menjaga keharmonian dan kestabilan masyarakat, dan berharap agar kerajaan setempat yang baharu berpandukan "Satu Negara, Dua Sistem", bersungguh-sungguh menangani topik perbincangan yang menjadi perhatian umum, dan menjadikan saudara-saudari di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) percaya akan hati kerajaan pusat yang berdenyut senada dengan mereka.
Menurut Rancangan Lima Tahun Ke-14 pembangunan sosioekonomi kebangsaan China, kerajaan pusat sudah menjelaskan sasarannya akan menyokong usaha Hong Kong mempertingkat kedudukan tradisional sebagai pusat kewangan, pelayaran dan perdagangan, di samping membangunkan kedudukan baharu sebagai pusat teknologi inovatif antarabangsa dan pusat pertukaran kebudayaan dan kesenian, yang dilihat membolehkan HKSAR muncul sebagai peserta penting dalam kitaran pasaran domestik, dan juga modulator penting bagi kitaran pasaran domestik-antarabangsa.
Menurut laporan yang disiarkan Yayasan Penyelidikan Pembangunan China (CDRF), jumlah ekonomi seluruh Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macao diunjurkan mencapai RMB14.76 trilion (RM9.71 trilion), iaitu menduduki tangga pertama dalam rangking kawasan teluk di seluruh dunia.
Sementara itu, Hong Kong melalui pertembungannya ke dalam kawasan teluk besar itu boleh mengoptimumkan peranannya sebagai jendela ke dalam dan jambatan keluar bagi Tanah Besar, lebih mudah mengambil peluang yang tersedia dalam pembangunan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), meningkatkan penglibatannya dalam menggalakkan kitaran pasaran domestik-antarabangsa dan kesalinghubungan pasaran, di samping menarik lebih banyak pelabur dari seluruh dunia. Presiden Dewan Perniagaan Britain di Hong Kong, Peter Burnett berkata, beliau berkeyakinan penuh terhadap HKSAR yang akan terus mengekalkan persekitaran perniagaan kondusif.
Pembangunan adalah kunci bagi membantu rakyat hidup bahagia. Kerajaan baharu diharap mengutamakan harapan masyarakat khususnya golongan penduduk di peringkat akar umbi, berfokus kepada penyelesaian masalah perumahan, jurang perbezaan golongan gaya dengan miskin, dan perkembangan belia pada lima tahun akan datang, supaya lebih banyak hasil pembangunan dapat dikecapi rakyat jelata secara sama rata.