Laluan Kereta Api Kargo China-Eropah Dinamik

2022-07-03 15:51:07  CRI
Share with:

 


Setakat 30 Jun lalu, jumlah larian kereta api kargo China-Eropah yang melalui Horgos, wilayah Xinjiang telah meningkat 9.31%, dengan mencatat 3,181, manakala jumlah kargo pula meningkat 4.73%, mencapai 4.4892 juta tan. Potensi pembangunan yang besar di tengah-tengah situasi pandemik ini mencerminkan sumbangan China kepada rantai industri global.


 

Mulai tahun ini, terdapat 8 laluan kereta api yang baharu yang menyambungkan China dengan Eropah seperti "Guiyang-Georgia" dan "Jiangmen-Berelaster" beroperasi melalui pintu sempadan Horgos, menjadikan jumlah keseluruhannya melebihi 60 merangkumi 18 negara dan kawasan, serta lebih 200 jenis kargo penghantaran. Sehubungan itu, Horgos digelar sebagai "laluan keemasan" pengangkutan darat logistik antarabangsa.