Memang Ironik Britain Tunjukkan Pengaruh Bekas Penjajah di Hong Kong

2022-07-03 13:25:00  CRI
Share with:

Sempena ulang tahun ke-25 kepulangan Hong Kong ke tanah air China, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan Menteri Luar Liz Truss masing-masing mengeluarkan ucapan atau kenyataan yang menyebut bahawa pihaknya memikul “tanggungjawab sejarah” terhadap penduduk Hong Kong berdasarkan Perisytiharan Bersama China-Britain dan mengatakan mereka “tidak akan melepaskan Hong Kong” dan sebagainya. Lakonan politik yang ironik ini menggambarkan psikologi bekas penjajah enggan menerima kemerosotan empayarnya dan keinginannya mahu menunjukkan suatu pengaruh dalam hal ehwal Hong Kong malah mencampuri urusan dalaman China. Ini hanya adalah mimpi Mat Jenin sahaja.

Perisytiharan Bersama China-Britain yang ditandatangani pada bulan Disember tahun 1984 bertujuan menyelesaikan masalah mengenai kepulangan Hong Kong, dan kandungan terasnya adalah pemulihan kedaulatan China terhadap Hong Kong. Menurut dokumen itu, selepas Hong Kong dikembalikan kepada tanah air pada 1 Julai tahun 1997, Britain tidak mempunyai sebarang kuasa terhadap Hong Kong termasuk kedaulatan, pentadbiran dan pengawasan, seperkara Britain pada masa ini tidak mempunyai pengaruh mandatori untuk memcampuri hal ehwal Hong Kong.

Prestasi pembangunan Hong Kong dan pelaksanaan “satu negara dua sistem” yang terbukti berjaya diiktiraf umum oleh masyarakat antarabangsa. Unsur-unsur patriotik dan silaturahim tempatan semakin menebal dalam masyarakat Hong Kong, sedangkan pentas untuk lakonan bekas penjajah yang bermotifkan jahat semakin mengecil .

Sementara itu di dalam negara Britain, seruan untuk menjalankan pungutan suara umum tentang kemerdekaan Scotland semakin meningkat, manakala rayuan Ireland Utara untuk keluar dari Britain juga makin lantang. Pada saat ini, kerajaan Boris Johnson yang mendakwa “tidak akan melepaskan Hong Kong”, sebenarnya adalah untuk menunjukkan kehadirannya dalam persada antarabangsa dan mengalihkan tumpuan terhadap masalah domestiknya kepada negara lain. 

Hong Kong adalah dipunyai China sekarang ini, dan tidak ada sebarang kaitan mandatori dengan Britain.