Biji Kopi Yunnan Naik Kereta Api Laos-China ke Eropah

2022-07-04 15:10:40  CRI
Share with:

Biji kopi Yunnan naik kereta api Laos-China, kini tiba di pasaran Eropah!

 

Ya, tajuk itu bukan ‘typo’ atau Satria tersalah taip. Tapi itulah yang sedang berlaku.

 

Dengan pembinaan landasan kereta api Laos China, bukan hanya inftastruktur di dalam wilayah Laos dinaiktarafkan, malah pengangkutan penumpang dan barangan di pelbagai bandar China dipermudahkan secara drastik.

 

Menggunakan landasan tersebut, biji kopi dari bandar Pu’er dibawa ke Kunming, ibu bandar Provinsi Yunnan, seterusnya tiba di bandar Chongqing, bahagian tengah China. Di sana, kereta api kargo rutin dari China-Eropah akan membawa biji kopi Yunnan melalui Xinjiang keluar dari China dan akhirnya sampai ke Eropah.

 

Berbanding pengangkutan maritim yang kini susah menempah kontena, laluan baharu ini mampu menjimatkan masa kira-kira 30% berbanding dulu.

 

Jika anda nak tahu, kawasan penanaman biji kopi Pu’er telah mencapai lebih 46 ribu hektar manakala pengeluarannya pula direkodkan sekitar 55 ribu tan setiap tahun, secara tidak langsung menyumbanh lebih 50 peratus daripada jumlah keseluruhan seluruh China.

 

Bukan itu sahaja, ia bahkan turut dieskport ke Kesatuan Eropah, ASEAN, Amerika serta Asia Barat.

 

Untuk rekod, banyak syarikat kopi yang tersohor di dunia seperti Starbucks dan Nescafe turut mengeluarkan produk yang menggunakan biji kopi Pu’er.

 

Pada masa yang sama, pelbagai kebun biji kopi tempatan yang dulu terutamanya berkhidmat untuk tokoh profesional dalam bidang kopi sekarang menjadi destinasi pelancongan bagi para peminat kopi dengan adanya kereta api.

 

Kitaran dana, maklumat, produk dan pelancong turut sama menjadi semakin lancar.

 

Selain faktor kesalinghubungan infrastruktur yang membantu menjimatkan kos dan waktu pengangkutan, pelbagai dasar yang mesra dengan perdagangan bebas juga secara tidak langsung mempromosi lagi biji kopi Puer ke pasaran antarabangsa.

 

Banyak syarikat tempatan telah cuba menggunakan dasar RCEP untuk meneroka perniagaan.

 

Menurut kastam China, sijil tempat asal (certificate of origin) kopi Pu’er bernilai lebih USD8 juta telah dikeluarkan pada tahun ini untuk memasuki pasaran RCEP termasuk negara-negara Asia Tenggara, sekali gus menjimatkan tarif sebanyak USD400 ribu.

 

Orang China selalu berkata, nak menjadi kaya membina jalan dulu. Apa yang sedang berlaku di Pu’er ini menjadi satu contoh lagi yang sangat menarik.

 

Landasan kereta api dari Vientiane, Laos ke Kunming, China bukan hanya menyambungkan kedua-dua negara, tetapi juga bersambung dengan satu jaringan kereta api yang lebih luas hingga sampai ke Eropah.

 

Yang beredar mengikuti jaringan ini bukan hanya ada penumpang dan barangan, juga terdapat maklumat, dana dan peluang perniagaan baharu.