"Satu Negara Dua Sistem" Kelebihan Terbesar Hong Kong

2022-07-04 14:17:46  CRI
Share with:

Tokoh-tokoh dari beberapa kalangan wilayah Hong Kong menyertai simposium yang diadaan Pejabat Perhubungan Kerajaan Pusat China di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) untuk berkongsi pandangan dalam membelajari semangat ucapan penting Presiden Xi Jinping, pada pagi 2 Julai.

Lebih 200 orang termasuk wakil-wakil dari kalangan politik, pertubuhan masyarakat dan sektor ekonomi menghadiri simposium tersebut.

Mereka berkongsi pandangan tentang pembelajaran dan pemahaman mereka terhadap bahawa ucapan penting Presiden Xi sangat memberi inspirasi kepada penduduk Hong Kong, dan sekali lagi membuktikan sokongan kerajaan pusat adalah sokongan terpenting pagi Hong Kong, dan dasar "satu negara, dua sistem "adalah kelebihan terbesar Hong Kong. 

Semua sektor masyarakat harus mengambil peluang strategik, menumpukan perhatian kepada pembangunan, dan bekerjasama untuk mengatasi kesukaran, supaya semangat ucapan penting Presiden Xi dapat dilaksanakan di Hong Kong.

Mereka yakin semangat Presiden Xi pasti dapat memimpin dan mengumpulkan tenaga positif masyarakat untuk mendorong Hong Kong mencapai kemakmuran.