Rakyat AS Protes Bantah Polis Bunuh Keturunan Afrika

2022-07-04 15:24:54  CRI
Share with:

Sejumlah besar pemprotes berhimpun di pusat bandar Akron, Ohio, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, membantah pembunuhan seorang keturunan Afrika, Jayland Walker oleh polis pada 27 Jun lalu.

Setelah Datuk Bandar dan ketua polis bandar itu mengadakan sidang taklimat tentang kes pembunuhan tersebut, jumlah pemprotes meningkat ke lebih seribu orang.

Para pemprotes lalu mendengar pidato yang disampaikan oleh wakil Persatuan Kebangsaan untuk Orang Berwarna (NAACP) di dewan perbandaran.