15,000 Penerbangan Kelewatan Sempena Cuti Hari Kemerdekaan

2022-07-04 13:54:23  CRI
Share with:

Sehingga pagi semalam waktu tempatan, kira-kira 15,000 penerbangan kelewatan dan 1,500 lagi dibatalkan di seluruh Amerika Syarikat (AS) semasa cuti Hari Kemerdekaan, menurut statistik portal "FlightAware" AS.

Pada hari pertama cuti umum itu iaitu 1 Julai, lebih 2.49 juta orang melalui pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang, mencipta rekod jumlah harian terbanyak sejak wabak COVID-19 berlaku. 

Pada masa ini, syarikat penerbangan menghadapi tekanan besar seperti kekurangan kakitangan, ditambah dengan unsur pembinaan lapangan terbang dan cuaca buruk, banyak penerbangan terjejas, terutamanya penerbangan yang berlepas dari pantai timur.