AS Pencetus Huru-Hara Dunia: Pengulas Singapura

2022-07-04 15:40:15  CRI
Share with:

Pengulas dan kolumnis terkenal dari Singapura, Ang Teck Sin baru-baru ini menulis artikel yang bertajuk, "Masyarakat umum perlu tahu hakikat 'persekutuan konsep nilai' Amerika Syarikat (AS)". Ketika diwawancara wartawan Kumpulan Media China (CMG) pada Ahad lalu, Ang berkata, AS merupakan pengasas pelbagai huru-hara di dunia.

Ang dalam artikelnya menyatakan bahawa media Barat mencela Rusia secara sesuka hati, namun AS ialah pencetus pergolakan di sebaliknya. AS bersekongkol dengan sekutunya mengadakan konfrontasi, memperluas NATO ke timur. Langkah-langkah tersebut memaksa Rusia mengambil tindakan balas. Inilah punca perang di Ukrain semasa ini.

Ang berpendapat, AS ialah negara yang sukan berperang. Negara itu telah melancarkan atau menyertai lebih 200 kali peperan walaupun sejarahnya hanya lebih 240 tahun.

Dalam sidang dialog Shangri-La yang diadakan pada bulan lalu, lebih banyak negara Asia menyedari bahawa AS menghasut pergolakan di merata-rata tempat di dunia. Negara-negara lain tidak patut menjadi pengikut AS.

Beliau berkata, Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein ketika berucap pada dialog Shangri-La berkata, ASEAN akan memutuskan jalan sendiri. Sebarang tuntutan AS terhadap ASEAN perlu mematuhi kepentingan ASEAN tetapi bukan hanya kepentingan AS. Berlainan dengan budaya Barat yang sukan berkonfrontasi, dunia Timur mengutamakan muafaat. Inilah konsep nilai Asia.