LRT Elektrik Pertama Beropersi di Mesir

2022-07-04 14:01:27  CRI
Share with:

Sistem transit aliran ringan (LRT) elektrik pertama Mesir yang dibina bersama oleh syarikat China dan Mesir memulakan ujian operasinya di 10th of Ramadan City pada hari Ahad.

Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi, Perdana Menteri, Mostafa Madbouly, dan Duta Besar China ke Mesir, Liao Liqiang menghadiri majlis pelancaran dan menaiki kereta api pertama dari stesen Adly Mansour ke Badr.

Projek LRT itu menghubungkan Ibu Kota Pentadbiran Baharu (NAC) yang sedang dibina di timur Kaherah dengan El-Salam, 10th of Ramadan City, El-Obour, Badr dan El-Shorouk.

Menteri Pengangkutan Mesir, Kamel el-Wazir menyatakan bahawa fasa pertama LRT itu melibatkan kendalian 22 tren dan dijangka akan memberi perkhidmatan kepada 360,000 penumpang setiap hari.

"Projek itu dibiayai oleh China, menggunakan teknologi dan peralatan China, dan dilaksanakan bersama oleh perusahaan China dan Mesir," kata Liao, sambil menambah bahawa semua peserta bekerja keras untuk mengekalkan kemajuan pembinaan sambil memerangi pandemik COVID-19.

Perusahaan China juga menyediakan latihan untuk juruteknik Mesir untuk menyokong pembinaan dan penyelenggaraan projek itu.