Peluru ke atas Keturunan Afrika Malukan Hari Kemerdekaan

2022-07-05 15:29:40  CRI
Share with:

"Saya tak boleh bernafas." Suara lelaki berkulit hitam, George Floyd yang dibunuh polis Amerika Syarikat (AS) lebih dua tahun lalu umpama masih boleh kedengaran. Namun sekarang ini, kes keganasan polis ke atas keturunan Afrika bertambah banyak di negara itu.

Polis bandar Akron, Ohio pada Ahad lalu mengedarkan klip video tentang Jayland Walker, lelaki keturunan Afrika ditembak mati oleh polis pada beberapa hari sebelum itu. Lapan anggota polis kelihatan mengejar Walker dan melepaskan tembakan secara berterusan ke arah lelaki berkulit hitam yang melarikan diri, dalam operasi pemeriksaan trafik. Polis mengesahkan bahawa lapan anggota polis telah melepaskan lebih 90 tembakan, dan kira-kira 60 luka ditemui di mayat Walker. 

Menjelang sambutan Hari Kemerdekaan AS yang jatuh pada 4 Julai, kematian Walker menjadikan Deklarasi Kemerdekaan yang menyebut "kesemua individu adalah sama rata sejak dilahirkan" sebagai satu jelaka. Akhabar The Boston Globe dalam ulasannya menyebut "4 Julai tahun ini disambut berikutan Jun yang buruk, apa yang patut dirayakan?" Pada masa ini, protes membantah keganasan polis berlaku di Akron, dan aktiviti perayaan Hari Kemerdekaan telah dibatalkan di bandar itu. 

Menurut laman web Mapping Police Violence, seramai 2,563 orang dibunuh dalam keganasan polis dari tahun 2020 hingga kini. Antaranya, 565 mangsa ialah keturunan Afrika dan angka ini menduduki 22 peratus dalam jumlah keseluruhan. Sejak awal tahun ini, sebanyak 49 orang keturunan Afrika mati ditembak polis.

Menurut statistik, kemungkinan orang kulit hitam dibunuh dalam penguatkuasaan polis adalah 2.9 kali ganda berbanding orang kulit putih. 

Bukan hanya pelaksanaan undang-undang, diskriminasi ras sistematik berakar di pelbagai aspek masyarakat negara itu. Diskriminasi dan penindasan yang berlaku di merata tempat mengkibatkan golongan minoriti di AS "tidak boleh bernafas". Keadaan ini berpunca daripada sejarah pemerdagangan hamba, struktur perkauman yang mendahulukan orang kulit putih, suasana masyarakat, dan gagalan dalam menjalankan pentadbiran. 

Presiden AS, Joe Biden menyatakan, "diskriminasi ras sistematik ialah noda pada jiwa AS". Keadaan tersebut semakin memburuk pada masa ini. Apa yang disebut ahli politik sebagai "sama rata" dan "inklusif" tidak dapat menutup catatan buruknya "pembela hak asasi manusia" itu. Tidak tahulah bagaimana ahli politik AS pada masa ini membalas harapan pengasas AS lebih 200 tahun dahulu?