China dan AS Sedia Tingkatkan Penyelarasan Dasar Makro

2022-07-05 11:45:28  CRI
Share with:

Naib Perdana Menteri China, Liu He menghubungi Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen melalui video pagi tadi.

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai situasi ekonomi makro dan kestabilan rantaian industri dan rantaian bekalan global.

Mereka berpendapat bahawa ekonomi dunia menghadapi cabaran serius pada masa ini. Adalah mustahak bagi kedua-dua pihak China dan AS memperkukuh komunikasi dan penyelarasan dalam dasar makro. Di samping itu, kedua-dua negara bersama-sama menjaga kestabilan rantaian industri dan rantaian bekalan global amat penting dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara bahkan dunia.

Liu He menyatakan keprihatinannya terhadap pembatalan tarif tambahan dan sekatan AS terhadap China dan layanan adil terhadap syarikat China. Kedua-dua pihak bersetuju untuk terus mengekalkan dialog dan komunikasi.