Forum Pembangunan Global Dirasmikan

2022-07-05 14:03:01  CRI
Share with:

Forum kumpulan pemikir dan media "Pembangunan Global: Misi Bersama dan Nilai Bertindak" dirasmikan di Beijing pada Isnin.

Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), yang juga Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat PKC, Huang Kunming menghadiri upacara perasmian forum itu dan membaca surat tahniah dari Presiden, Xi Jinping.

Huang Kunming berkata, surat Presiden Xi memberi huraian mengenai situasi dan cabaran dalam menggalakkan pembangunan global, di samping mengetengahkan falsafah dan anjuran untuk melaksanakan inisiatif pembangunan global dan menggalakkan pembangunan global.    

Huang menegaskan, inisiatif pembangunan global yang dikemukakan oleh presiden Xi mendapat sokongan dan respons aktif dari masyarakat antarabangsa, sekali gus menjadi penggalak bagi Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta kerjasama dan pembangunan global. China bersedia berusaha bersama-sama masyarakat antarabangsa untuk memenuhi aspirasi rakyat dunia terhadap kehidupan yang lebih baik, dan membuka era baharu pembangunan global yang seimbang, inklusif, kerjasama, dan saling menang.

Forum tersebut dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Dewan Negara China, dan diselenggarakan oleh Akademi Sains Sosial China, Pusat Pengajian dan Pembangunan Dewan Negara, dan Kumpulan Media China (CMG).

Lebih 200 wakil dari lebih 60 kawasan dan pertubuhan antarabangsa menyertai forum yang diadakan secara hibrid.