Harapan China dalam Penyelesaian Masalah Myanmar
Menteri Luar China, Wang Yi bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhon, sempena menghadiri Mesyuarat Menteri Luar Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) ke-7 di Bagan, Myanmar pada 3 Julai.
Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan mengenai situasi di Myanmar.
Wang Yi telah menjelaskan tiga harapan China dalam penyelesaian isu Myanmar.
Pertama, China berharap agar China dan ASEAN bersama-sama mendorong perdamaian politik Myanmar dalam rangka perlembagaan dan undang-undang, di samping menggalakkan pihak-pihak di Myanmar untuk mengutamakan kepentingan negara dan rakyat, mengambil kira tuntutan yang munasabah semua pihak, dan memulihkan ketenteraman serta mencapai keamanan secepat mungkin.
Kedua, China berharap agar China dan ASEAN bersama-sama membantu Myanmar untuk memulakan semula proses transformasi demokrasi, mewujudkan visi memulangkan kuasa pentadbiran kepada rakyat, dan mencari jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan Myanmar.
Ketiga, China berharap ASEAN agar meneruskan dalam "Model ASEAN", iaitu tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain, melaksanakan "konsensus lima perkara" ASEAN, dan memelihara perpaduan ASEAN serta kedudukan pimpinannya.
Prak Sokhonn turut memaklumkan hasil lawatannya ke Myanmar sebagai Duta Khas ASEAN ke Myanmar.