AS Penyebar Maklumat Palsu dan Pembohongan

2022-07-05 12:09:50  CRI
Share with:

Individu yang selalu menyebarkan maklumat palsu dan pembohongan ialah pegawai Amerika Syarikat (AS), bukanlah China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Duta Besar AS ke China, R. Nicholas Burns berhubung konflik Rusia-Ukraine dan makmal biologi AS di Ukraine, dalam sidang akhbar pada Isnin.

Nicholas Burns dalam satu forum pada Isnin berharap jurucakap Kementerian Luar China tidak lagi membuat kenyataan mengutuk NATO yang mencetuskan konflik Rusia-Ukraine, dan tidak menyebarkan lagi 'pembohongan' mengenai pembinaan makmal biologi AS di Ukraine.

Sehubungan dengan itu, Zhao Lijian mengatakan, China membuat pertimbangan objektif dan adil secara bebas dari perspektif sejarah dan hakikat isu Ukraine.

Selain itu, kata Zhao, isu makmal biologi AS di luar negara, termasuk di Ukraine adalah disokong banyak fakta dan bukti kukuh. Masyarakat antarabangsa sangat mengambil berat tentang perkara ini, dan AS wajib untuk memberi penjelasan kepada dunia.