Xi Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun Ke-60 Kemenangan Revolusi Algeria

2022-07-05 14:31:43  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus perutusan tahniah kepada Presiden Republik Rakyat Demokratik Algeria, Abdelmadjid Tebboune sempena sambutan ulang tahun ke-60 kemenangan revolusi kemerdekaan Algeria, hari ini.

Xi menyatakan bahawa 60 tahun yang lalu, rakyat Algeria mencapai kemerdekaan negara dan pembebasan bangsa melalui perjuangan susah payah. Kerajaan dan rakyat China telah memberikan sokongan dan bantuan kepada revolusi kemerdekaan Algeria, dan rakyat kedua-dua negara telah menjalin persahabatan yang mendalam melalui perjuangan ini. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, China dan Algeria memperkukuh rasa saling mempercayai politik hingga kerjasama praktikal antara kedua-dua negara ini membuahkan hasil cemerlang.

Xi menyatakan, China mementingkan hubungan dengan Algeria dan komited mempergiat kerjasama dan interaksi dalam rangka inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) supaya memberi limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.