AS Menuju ke Arah Salah: Tinjauan Pendapat

2022-07-06 14:19:15  CRI
Share with:

Menurut tinjauan pendapat yang diumumkan oleh Universiti Monmouth Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, 88 peratus rakyat AS berpendapat negara itu sedang menuju ke arah yang salah.

Pada masa yang sama, hanya sepuluh peratus rakyat beranggapan negara itu menuju ke arah yang betul. Ini peratusan paling rendah sejak agensi itu menjalankan tinjauan pendapat seumpama sejak tahun 2013.

Berdasarkan hasil tinjauan tersebut, hampir separuh responden menganggap kenaikan harga gas asli dan inflasi sebagai kebimbangan utama mereka, manakala lima peratus responden berkata hak pengguguran adalah tumpuan utama mereka.

Menurut institut kajian tinjauan pendapat Universiti Monmouth, situasi ekonomi yang memburuk di AS menyebabkan rakyat bimbang dan tidak berpuas hati dengan kerajaan.