'Enjin Perang' Tak Pernah Henti

2022-07-06 13:12:58  CRI
Share with:

Laman sesawang penyiasatan Amerika Syarikat (AS) 'The Intercept' baru-baru ini mendedahkan bahawa AS telah mencetuskan sekurang-kurangnya 23 perang proksi di seluruh dunia melalui projek '127e' dari tahun 2017 hingga 2020, antaranya 14 berlaku di Asia Barat dan Asia-Pasifik. Pada tahun 2020, sekurang-kurangnya 14 projek berada dalam keadaan aktif.

Jika maklumat tersebut benar, inilah bukti baharu yang membuktikan AS melancarkan perang proksi di seluruh dunia, dan AS ialah pengacau terbesar di dunia.

Perang proksi adalah kuasa besar menghasut atau menyokong pihak proksi untuk mencetuskan perang, supaya mengelakkan penglibatan langsung diri dalam konflik, demi memaksimumkan keuntungan di samping meminimumkan risiko.

Apabila berakhirnya Perang Dunia Kedua dan bermulanya Perang Dingin, perang proksi menjadi salah satu bentuk utama konflik global.

Seawal tahun 1955, Presiden AS ketika itu, Dwight David Eisenhower menyifatkan perang proksi sebagai "insurans paling murah di dunia".

Maklumat yang didedahkan oleh 'The Intercept' kali ini hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang telah dilakukan oleh AS dalam beberapa dekad yang lalu. Dari Asia Barat ke Eropah Timur hingga Amerika Latin, AS berada di belakang hampir setiap kekacauan di dunia.

Dalam sejarah AS selama lebih 240 tahun, negara itu hanya bebas daripada peperangan kurang daripada 20 tahun. Kalau ditambah dengan projek '127e' yang baru didedahkan tersebut, 'enjin perang' AS tidak pernah dihentikan.

Daya penggeraknya berasal dari mencari sumber kewangan dan hegemoni. Manakala, akibatnya adalah pihak proksi dan negara sasaran dijatuhkan ke dalam konflik dan pergolakan, kehilangan nyawa, serta huru-hara yang semakin meruncing.