Wang Yi Ditemui Prayuth

2022-07-06 14:20:29  CRI
Share with:

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-ocha menerima kunjungan ahli Dewan Negara China, merangkap Menteri Luar, Wang Yi di Bangkok pada Selasa.

Prayuth menyatakan Thailand menumpukan perhatian tinggi terhadap inisiatif pembangunan global dan inisiatif keselamatan global yang dianjurkan presiden Xi Jinping. Pihaknya mengagumi hasil pembasmian kemiskinan di China dan berharap menimba pengalaman pembangunan China serta mengambil peluang bersejarah ini untuk mempergiat kerjasama kedua-dua negeara secara komprehensif.

Wang Yi amat gembira kerana Thailand aktif menyertai inisiatif pembangunan global dan bersedua meningkatkan pertukaran pandangan dalam pentadbiran negara.

Beliau menyatakan, hubungan China-Thailand yang mampu mengekalkan perkembangan sihat dan stabil bergantung kepada bimbingan pemimpin kedua-dua negara, persahabatan kukuh antara rakyat, serta rasa saling mempercayai dalam bidang politik.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun kesepuluh hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Thailand, kedua-dua pihak bersetuju untuk merapatkan persahabatan dan meningkatkan kerjasama, demi mencipta masa depan yang lebih stabil, makmur dan mampan.