Kemungkinan Kemerosotan Ekonomi AS Naik kepada 38 Peratus

2022-07-06 12:45:16  CRI
Share with:

Kemungkinan kemerosotan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 12 bulan akan datang telah melonjak kepada 38 peratus, berikutan keyakinan pengguna merekodkan tahap paling rendah dan kadar faedah meningkat drastik.

Menurut ramalan Bloomberg, peningkatan pemerolehan syarikat yang menjadi perlahan dan kemerosotan keyakinan pengguna adalah antara unsur utama yang menyumbang kepada kenaikan kemungkinan kemerosotan ekonomi negara itu.