Tanah Besar dan Taiwan Satu China

2022-07-06 14:45:50  CRI
Share with:

anya satu negara China di dunia. Taiwan merupakan wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari China sejak zaman dahulu. Banyak dokumen undang-undang antarabangsa termasuk Perisytiharan Kaherah dan Perisytiharan Potsdam telah mengesahkan kedaulatan China terhadap Taiwan.

Walaupun Tanah Besar dan Taiwan masih belum disatukan semula, tetapi fakta Tanah Besar dan Taiwan merupakan satu China tidak berubah, dan kedaulatan serta wilayah China tidak pernah dipisahkan. 

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata demikian ketika diminta memberi komen mengenai artikel sarjana Amerika Syarikat (AS) yang menyebut dasar "satu China" sebagai penipuan.

Zhao berkata, 'Perjanjian Damai San Francisco' yang dicapai AS dan beberapa negara pasca Perang Dunia Kedua, adalah tidak sah. Dokumen itu bercanggahan dengan Perisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditandatangani oleh 26 negara pada 1942, membelakangi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan norma asas undang-undang antarabangsa.

Zhao menegaskan, kerajaan China dari mulanya telah menyatakan bahawa 'Perjanjian Damai San Francisco' merupakan dokumen haram kerana China tidak terlibat dalam proses penyusunan dan penandatanganannya. China sama sekali menolak dokumen tersebut.

Selain itu, sejumlah besar negara termasuk Kesatuan Soviet, Poland, Czechoslovakia, Mongolia dan Vietnam juga menolak kesahihan dokumen tersebut.