Britain akan Lantik PM Baharu Seawal-awalnya September

2022-07-08 11:37:30  CRI
Share with:

Akhbar Financial Times Britain semalam memetik kenyataan pegawai parlimen sebagai berkata Parti Konservatif merancang untuk memilih Perdana Menteri baharu seawal-awalnya pada September.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan ketua Parti Konservatif, namun akan meneruskan perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri sehingga musim luruh tahun ini.