Ekspo China-ASEAN Sedia Ruang Pameran untuk Anggota RCEP
Ekspo China-ASEAN ke-19, yang dijadualkan berlangsung secara hibrid dari 16 hingga 19 September di Nanning, ibu kota wilayah Guangxi, menawarkan ruang pameran kepada anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
Syarikat dan agensi dari negara anggota RCEP seperti Korea Selatan dan Jepun turut mengesahkan penyertaan mereka dalam ekspo tersebut.
Difahamkan, Agensi Penggalakkan Perdagangan Pelaburan Korea (KOTRA) akan membina pavilion negara untuk mempamerkan budaya unik dan produk terpilih, manakala Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) serta syarikat terkemuka negara itu pula dipelawa menyertai acara tahunan berkenaan.
Anggota ASEAN seperti Thailand, Vietnam, Laos, Myanmar dan Brunei telah mula mempersiap reruai masing-masing.
Seperti yang ditawarkan pameran fizikal, platform tersebut mengendalikan ruang pameran seluas 82,000 meter persegi bagi pempamer tempatan dan asing.
Setakat ini, syarikat pempamer tempatan membabitkan 16 wilayah dan bandar sudah menempah ruang pameran seluas 4,500 meter persegi.
Antaranya, pempamer dari wilayah Jiangsu menempah 155 reruai untuk jentera pembinaan, mesin pembungkusan makanan dan bahan binaan hijau.
Selain itu, beberapa zon pameran baharu yang khusus dibina untuk mempamerkan kenderaan tenaga baharu, sementara program pelancongan juga dijangka akan mencuri perhatian ramai.