Isu Tarif di AS: Tiket Undi Didahulukan, Rakyat Diketepikan

2022-07-08 14:53:31  CRI
Share with:

Menurut laporan media Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, pemerintah negara itu sedang mempertimbangkan tindakan membatalkan tarif tinggi ke atas barangan import China yang dikuatkuasakan sejak kerajaan penggal dahulu, demi mengurangkan tekanan inflasi yang melambung tinggi dalam negeri.

Dilaporkan, kerajaan Biden kemungkinan akan menarik balik "sedikit" tarif itu, iaitu USD10 bilion, hanya 2.7 peratus daripada tarif keseluruhan sebanyak USD370 bilion.

Lakonan ahli politik AS sudah diketahui umum. Mereka tidak akan memikul kerugian akibat kepentingan negara, syarikat atau rakyat, yang hanya penting bagi mereka ialah tiket undi. Jika tarif ke atas produk China terus dikuatkuasakan, ekonomi AS akan terjejas lagi.

Perang perdagangan AS terhadap China yang dilancarkan pada empat tahun yang lalu telah dibuktikan gagal sepenuhnya. Sejak pertengahan tahun 2018  hingga April tahun ini, penduduk AS terpaksa menanggung bayaran tambahan sebanyak USD129 bilion kerana perang dagang itu. 

Ahli ekonomi dari Tax Foundation AS, Alex Durante menerbitkan rencana yang berbunyi, hampir semua tarif tambahan terhadap produk China adalah ditanggung oleh syarikat dan pengguna AS, bukanlah syarikat China.

Sehubungan dengan itu, mengapa White House masih teragak-agak dalam membuat keputusan? Jawapa ialah "tiket undi". Dilaporkan, kerajaan Biden sedang mengkaji pembatalan "sedikit" tarif terhadap China, di samping mencari "jalan tengah" seperti memperhebat kajian tarif dalam sektor penting termasuk semikonduktor.

Rakyat biasa di AS yang terpaksa menanggung harga minyak, rumah dan makanan yang amat tinggi menjadi mangsa kempen pilihan raya ahli politik.

Sebagai dua entiti ekonomi terbesar di dunia, kerjasama antara China dan AS akan membawa muafakat bestari, manakala perselisihan akan memudaratkan kepenting kedua-dua pihak.

AS diingatkan menarik balik semua tarif tambahan ke atas China kerana ia bermanfaat kepada kedua-dua negara bahkan dunia.