AS Digesa Batalkan Semua Tarif Tambahan

2022-07-08 12:26:41  CRI
Share with:


Pembatalan semua tarif tambahan ke atas China akan akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara Amerika Syarikat (AS) dan China, bahkan dunia.

Demikian dikatakan oleh jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting pada Khamis.

Shu berkata, beberapa kumpulan pemikir dan institusi penyelidikan dari China dan AS telah membuat perhitungan bahawa pembatalan semua tarif tambahan ke atas China akan berkesan bagi mengurangkan tahap inflasi di AS. Tatkala menghadapi inflasi yang tinggi, pembatalan tarif tambahan itu mampu menguntungkan pengguna dan perusahaan di negara itu.

Beliau juga menegaskan bahawa tuduhan AS terhadap China berhubung subsidi perindustrian tidak berasas. China menentang amalan perlindungan seperti penyiasatan Seksyen 301, dan menggesa AS supaya tidak memperkenalkan langkah perdagangan baharu.

Menurut laporan media AS, pemerintah Biden sedang mengkaji opsyen mengenai tarif ke atas barangan import China.